Ibu Hamil, Bahagia, Mengandung, Hamil

Ibu Hamil Bahagia

Ibu Hamil Bahagia, Sihat dan Ceria

Ibu hamil bahagia adalah saat indah semasa mengandung. Ibu hamil bahagia juga menjadi idaman bagi setiap wanita yang mendambakan keinginan untuk mengandung. Menjadi wanita hamil sudah pasti melengkapkan lagi naluri wanita yang diciptakan sebagai seorang ibu untuk berkongsi bahagia dengan kandungan. Bukan lagi rahsia, alasan untuk bahagia juga adalah dengan menjadi ibu mengandung.

Setiap pasangan suami isteri ibarat binaan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan bertambah mesra bila hadir ahli keluarga baharu atau lebih mudah disebut sebagai cahaya mata. Sebelum hadirnya cahaya mata, pelbagai persediaan dibuat antaranya memilih makanan baik, amalan untuk menjadi ibu mengandung dan memilih petua untuk mengandung sebagai ikhtiar.

Sebaik saja mengetahui tanda-tanda awal kehamilan, setiap wanita hamil akan melakukan pemeriksaan antaranya dengan melaporkan tanda-tanda mengandung di klinik atau pusat kesihatan. Terdapat juga ibu mengandung yang tidak mengesyaki apa-apa perubahan pada diri, hanya merasa keletihan dan pening, lalu membuat pemeriksaan dan didapati hamil. Keadaan ini biasanya berlaku kepada wanita yang pertama kali mengandung.

Setelah didapati sah mengandung, pemeriksaan perlu dibuat oleh ibu hamil dan mendapatkan pemeriksaan berjadual sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak klinik dan pusat kesihatan. Kebiasaannya kekerapan pemeriksaan akan bertambah apabila usia kandungan (bulan) semakin meningkat. Kekerapan pemeriksaan juga meningkat apabila ibu mengandung menghadapi masalah-masalah yang berkait dengan kesihatan kandungan seperti kencing manis (diabetis), darah tinggi (hypertension), darah rendah (amenia) dan masalah lain yang dikira boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan kandungan.

Persiapan ibu hamil yang bahagia, sihat dan ceria adalah dengan mengambil kira segala keperluan kesihatan untuk diri dan anak dalam kandungan. Bermula dari aspek pemakanan ibu mengandung, senaman ibu mengandung, amalan ibu mengandung dan suplemen ibu mengandung sehingga kepada pakaian mengandung antaranya seperti seluar mengandung. Pakaian mengandung muslimah adalah perlu untuk menjaga aurat ibu hamil selain untuk memudahkan pergerakan dan keselesaan.

Langkah awal bagi seorang wanita untuk menjadi ibu hamil yang bahagia, sihat dan ceria adalah dengan memberi penekanan terhadap pemakanan wanita, pengambilan nutrien, berat badan sihat dan gaya hidup aktif. Setelah membuat segala persediaan dan keperluan semasa mengandung, kehidupan ibu hamil kini berkongsi sensasi untuk dirinya dan bayi dalam kandungan sebagaimana ‘sensasi’ Rozita Che Wan mengandung, Lisa Surihani mengandung dan Ella mengandung serta Siti Nurhaliza mengandung.

Mulakan sekarang untuk menjadi ibu hamil bahagia, sihat dan ceria.

ibu_hamil_bahagia
Ibu Hamil Bahagia, Sihat dan Ceria

One thought on “Ibu Hamil Bahagia

Leave a comment