Ibu Hamil, Mengandung, Trimester 1, Asid Folik, Zat Besi

Pemakanan Ibu Hamil Trimester Pertama

Persediaan Pemakanan Hamil Trimester Pertama

Ibu hamil bahagia bermula dengan persediaan dari pemakanan trimester pertama lagi. Persiapan rapi perlu dilakukan agar proses mengandung berkembang dengan baik dan mendapat perhatian sewajarnya. Mengandung trimester pertama adalah permulaan kehidupan sebagai ibu hamil. Di sini pelbagai perubahan akan dilalui ibu mengandung bermula perubahan bentuk badan sehingga keperluan pemakanan. Maka peringkat pembentukan janin dan pemakanan yang baik perlu diberi penekanan kepada nutrien yang diperlukan untuk perkembangan janin tersebut.

Pemakanan yang baik

Pemakanan yang baik dan sihat diperlukan untuk proses perkembangan janin yang sihat. Penjagaan pemakanan wanita seharusnya sudah bermula di usia remaja. Kerana ketika ini tubuh wanita akan berkembang dengan melalui peringkat matang dan  haid. Selain menyediakan keperluan pemakanan yang baik untuk janin, ibu hamil juga mendapat kebaikan dari pemakanan yang sihat. Kesihatan ibu mengandung juga diberi penjagaan sebaik mungkin melalui pemakanan yang sarat dengan nutrien yang diperlukan.

Tidur mencukupi

Ibu mengandung juga akan berasa cepat letih, ini juga perubahan yang perlu dilalui ibu hamil kerana badan sedang menyediakan keperluan untuk menampung bayi dalam kandungan. Tidur dapat membantu ibu hamil untuk mendapatkan tenaga dan mengembalikan semula kecergasan badan.

Mengidam dan benci

Kalau cinta pasangannya benci, maka marah pasangannya sayang. Citarasa wanita mengandung sentiasa berubah-ubah sepanjang tempoh kehamilan. Ibu hamil trimester pertama tidak terlepas dari tabiat semula jadi seperti mengidam dan benci. Mengidam kepada makanan-makanan tertentu adalah normal dilalui ketika mengandung. Perasaan benci sebenarnya tidak hanya pada sesuatu perkara, tetapi turut memberi kesan kepada bau-bauan dan rasa pada makanan  atau sesuatu bahan kegunaan harian.

Situasi ini adalah sementara ketika melalui detik kehamilan dan perkembangan. Namun, terdapat juga ibu hamil yang menghadapi situasi ini untuk tempoh yang panjang ketika kehamilan. Kebiasaannya ibu hamil menghadapi situasi ini di peringkat awal kehamilan dan ia bergantung kepada tahap ibu hamil itu sendiri.

Loya dan mual juga situasi yang kebiasaan dihadapi ibu hamil. Langkah untuk mengurangkan rasa loya dan mual antaranya ialah mengambil makanan yang tinggi vitamin B6 seperti pisang dan beras perang.

Berat badan semasa mengandung perlu ada pertambahan dan ia sangat berkait dengan pengambilan pemakanan yang mencakupi keperluan nutrien. Berat badan semasa hamil juga dikira mengikut aturan dan kesesuaian bagi setiap ibu hamil. Berat badan yang berkurangan perlu ditambah antara 12-18kg. Bagi ibu hamil yang mempunyai berat badan yang normal sebelum hamil, perlu menambah berat badan antara 11-16kg. Berat badan berlebihan pula perlu ditambah antara 7-11kg. Jika ibu hamil mempunyai kandungan kembar, perlu menambah antara 16-20kg.

Pemakanan trimester pertama

Ibu hamil trimester pertama perlu mendapatkan pemakanan yang tinggi nutrien folat atau asid folik. Asid folik adalah antara vitamin B larut air yang membantu perkembangan bayi dan mengurangkan risiko kecacatan kelahiran saraf tunjang. Folat juga berperanan untuk perkembangan sel darah merah. Kekurangan folat juga boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti anemia pada ibu mengandung.

Zat besi boleh didapati di dalam kebanyakan sayuran. Zat besi penting untuk membantu perkembangan sel darah merah yang diperlukan ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Peranan unsur hemoglobin  dalam sel darah merah membantu mengalirkan oksigen ke suluruh organ badan ibu mengandung dan bayi melalui plasenta. Zat besi penting untuk mengelakkan masalah-masalah kesihatan seperti kelahiran pramatang dan anemia.

Folat semula jadi boleh didapati dalam sayur-sayuran hijau, buah-buahan, kekacang, bijirin, susu dan daging.

  • Bayam
  • Brokoli
  • Bendi
  • Kubis
  • Betik
  • Oren
  • Jagung
  • Kentang
  • Gandum
  • Lentil
  • Buncis
  • Almond
  • Ikan Solomon
  • Hati Ayam
  • Kuning Telur
  • Susu Kambing
  • Susu Ibu

Pemilihan makanan yang kaya nutrien penting seperti asid folik dan zat besi amat diperlukan ibu hamil dan anak dalam kandungan. Kandungan vitamin di dalam sumber sayur-sayuran lebih tinggi dan mudah diperolehi berbanding sumber seperti susu dan daging. Justeru penyediaan masakan sayur-sayuran harus tidak mengambil masa yang lama agar kandungan mineral dan vitamin tidak musnah kesemuanya apabila berada dalam suhu panas.

Cadangan suplemen

Pengambilan supplement juga menjadi alternatif untuk ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau kesuntukan masa dalam menyediakan makanan tambahan. Lebih-lebih lagi kandungan nutrien dalam sesuatu hidangan masakan akan cepat musnah apabila suhu panas mula diaktifkan. Cadangan terbaik adalah melalui pengambilan suplemen di samping ibu hamil meneruskan pemakanan harian seperti sayuran, buah, bijirin, kekacang, susu dan daging. Pelbagai jenis suplemen dan vitamin yang boleh didapati di klinik dan farmasi. Suplemen set mengandung dicadangkan untuk ibu hamil bagi memenuhi keperluan nutrien penting seharian.

Ibu Hamil, Mengandung, Trimester 1, Asid Folik, Zat Besi
Pemakanan ibu mengandung untuk trimester pertama

Artikel luar yang berkaitan: Pemeriksaan berkala semasa hamil, Penjagaan semasa mengandung dan  Cadangan pengambilan zat.

Mulakan sekarang untuk menjadi ibu hamil bahagia, sihat dan ceria.

Leave a comment