Pemakanan, Wanita, Sihat, Ibu, Hamil, Mengandung

Pemakanan Wanita

Perubahan Fisiologi dan Biologi Mempengaruhi Pemakanan Wanita

Seorang wanita akan melalui beberapa fasa dalam kehidupannya. Fasa perubahan antaranya memberi isyarat kepada peningkatan usia dan persekitaran iaitu dari remaja sehingga menjadi warga emas.  Ia berkait dengan perubahan fisiologi dan biologi yang memerlukan persediaan terutamanya dari sudut pemakanan yang baik bagi memenuhi keperluan badan dan tuntutan kehidupan.

Perubahan fisiologi dan biologi yang dilalui wanita bermula dari usia remaja akan lebih mencabar ketika mula memasuki persekitaran kehamilan dan penyusuan. Hasrat untuk menjadi ibu hamil bahagia adalah idaman semua wanita dan ia bermula dengan pemakanan wanita itu sendiri.

Pemakanan wanita penting untuk memenuhi keperluan perubahan badan seperti kedatangan haid, persediaan kehamilan, penyusuan dan menjelang usia warga emas. Pemakanan yang baik akan membantu badan wanita untuk membina semula kehilangan zat-zat yang berlaku semasa proses perubahan fisiologi dan biologi.

Seorang wanita tidak hanya perperanan sebagai seorang isteri, bahkan turut memikul amanah sebagai ibu, pekerja dan terlibat dalam sektor masyarakat. Faktor persekitaran ini memberi kesan kepada tahap kesihatan wanita dan memerlukan pengambilan makanan yang baik.

Pemakanan yang baik akan membantu wanita dengan membekalkan khasiat dan nutrien penting untuk kesihatan badan. Pemakanan yang baik juga mampu untuk mengelakkan masalah-masalah kesihatan seperti anemia (darah rendah) dan osteoporosis (tulang rapuh). Selain itu dapat membantu mencegah penyakit-penyakit kronik seperti hypertension (darah tinggi), diabetes (kencing manis) dan penyakit jantung.

Perubahan fisiologi wanita bermula di awal remaja dan akan mempengaruhi keperluan pengambilan makanan yang baik dan berkhasiat.

  • Remaja : Wanita ketika remaja akan melalui proses kematangan iaitu baligh, badan wanita remaja bersedia untuk meningkat dewasa dan melalui kedatangan haid. Ketika ini wanita memerlukan lebih banyak pemakanan yang mengandungi zat besi, kalsium dan keperluan kalori.
  • Pra hamil : Ketika ini badan wanita memerlukan zat-zat penting sebagai persediaan untuk kehamilan sepenuhnya.
  • Kehamilan : Wanita ketika kehamilan perlu mendapatkan lebih banyak zat kerana keperluan yang tinggi untuk proses pertumbuhan janin dan bekalan persediaan apabila menyusukan bayi kelak.
  • Menyusukan bayi : Ibu menyusu perlukan lebih banyak zat penting untuk menghasilkan susu yang berkualiti dan mencukupi untuk bayi.
  • Monopaus : Berlaku perubahan hormon yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan dan penyakit lain. Gejala osteoporosis juga boleh terjadi ketika ini.

Pemakanan wanita yang berkhasiat dan baik adalah penting untuk proses perubahan fisiologi dan biologi. Setiap jalur usia wanita pasti mempunyai perubahan persekitaran yang menuntut keperluan pemakanan yang baik. Perubahan berlaku di usia remaja dan terus berkembang sehingga menjadi ibu hamil, menyusukan bayi, monopause dan menempuh kehidupan sebagai warga emas.

Cadangan suplemen

Pengambilan supplement juga alternatif untuk wanita dan ibu hamil yang menghadapi kesukaran atau kesuntukan masa dalam menyediakan makanan tambahan. Pelbagai jenis suplemen dan vitamin yang boleh didapati di klinik dan farmasi. Suplemen kesihatan optimum dicadangkan untuk wanita dan ibu mengandung bagi memenuhi keperluan nutrien penting seharian.

Pemakanan wanita, mengandung, hamil, ibu hamil
Rajah : Keperluan Nutrien Untuk Wanita Mengikut Umur
Pemakanan, Wanita, Sihat, Ibu, Hamil, Mengandung
Piramid makanan wanita dan umum untuk kesihatan.

Artikel luar yang berkaitan: Pemakanan Wanita  dan  Recommended Nutrients Intake for Malaysia (RNI), 2005.

Mulakan sekarang untuk menjadi ibu hamil bahagia, sihat dan ceria.

2 thoughts on “Pemakanan Wanita

Leave a comment