Ibu Hamil, Mengandung, Trimester 1, Asid Folik, Zat Besi

Pemakanan Ibu Hamil Trimester Kedua

Persediaan Pemakanan Hamil Trimester Kedua

Meniti hari sebagai ibu hamil bahagia dari trimester pertama ke trimester berikutnya mendedahkan kepada ibu hamil keperluan persediaan pemakanan yang baik sepanjang tempoh ‘mesra’ bersama peneman dalam kandungan. Pemakanan trimester kedua juga kesinambungan dari pemakanan hamil trimester pertama yang dipertingkatkan lagi jumlah pengambilan serat yang diperlukan bagi menampung proses perkembangan bayi dalam kandungan dan kesihatan ibu hamil.

Menurut Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Nilai, Negeri Sembilan Dr. Zainab Kusiar berkait pemakanan semasa hamil menjelaskan pemakanan secara sihat bagi setiap ibu hamil telah bermula di awal tempoh kehamilan lagi. Pemakanan yang perlu diberi perhatian dan pengambilan lebih  semasa mengandung ialah kalori, nutrien tinggi dan makanan tambahan (jika terdapat saranan daripada Doktor atau Pakar Pemakanan).

Kehamilan trimester kedua memerlukan pengambilan jumlah kalori dan nutrien yang lebih tinggi bagi keperluan bayi yang semakin membesar dan menampung perubahan yang perlu dilalui ibu hamil seperti perubahan pada beberapa bahagian badan dan menyokong aspek kesihatan.

Keperluan kalori bagi persediaan pemakanan hamil trimester kedua dicadangkan sekitar 360 kcal/hari. Sementara keperluan nutrien bagi persediaan pemakanan hamil trimester kedua dicadangkan seperti berikut.


Lemak (g/hari) 54-82

Protein (g) +7.5

Kalsium (mg) 1000

Zink (mg) 7.0

Selenium (µg) 27

Thiamine (mg) 1.4

Riboflavin (mg/hari) 54-82

Niasin (mg NE) +7.5

Asid Folic (µg) 1000

Vitamin C (mg) 7.0

Vitamin A (µg) 27

Vitamin D (µg) 1.4

Vitamin E (mg) 7.5


Ibu hamil mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemakanan yang mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dan dicadangkan untuk kesihatan yang baik serta perkembangan bayi seperti berikut:

  • Kalsium terdiri dari  susu, keju, dadih, sayuran hijau dan produk kacang soya.
  • Zat Besi terdiri dari hati, daging tanpa lemak, roti yang diperkaya dengan zat galian dan kekacang jenis kering seperti kacang peas.
  • Vitamin A terdiri dari hati, susu dan telur.
  • Vitamin B Kompleks terdiri dari hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu.
  • Vitamin C seperti jambu, betik dan limau.
  • Asid Folic terdiri dari sayuran hijau, hati dan kekacang.

Makanan tambahan akan diberikan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan jika terdapat keperluan bagi melengkapkan nutrien yang sepatutnya dimiliki ibu hamil dan kandungan. Pemeriksaan berjadual yang dilakukan di Klinik atau Pusat Kesihatan akan memberi panduan kepada ibu hamil berkaitan perkembangan bayi dalam kandungan, tahap kesihatan bayi dan ibu hamil serta saranan penjagaan dari beberapa aspek seperti pemakanan, kebersihan dan rehat secukupnya.

Persediaan pemakanan hamil trimester kedua perlu diberi perhatian sewajarnya oleh ibu hamil. Peningkatan keperluan nutrien semakin bertambah berbanding pemakanan hamil trimester pertama yang banyak berkait sekitar folat, asic folic dan zink. Fasa trimester kedua dan trimester ketiga adalah tempoh perkembangan bayi semakin pesat. Justeru, pemakanan baik yang tinggi nutrien dan kalori diperlukan ibu hamil dan bayi.

Cadangan suplemen Ibu Mengandung

Pihak Doktor dan Pakar Pemakanan juga menyarankan pengambilan makanan tambahan (kebiasaanya diberikan di klinik) bagi ibu hamil yang tidak mencapai tahap pengambilan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan dan mengelakkan masalah kesihatan kepada bayi dan ibu hamil.

Pengambilan supplement juga menjadi alternatif untuk ibu mengandung yang menghadapi kesukaran atau kesuntukan masa dalam menyediakan makanan tambahan. Lebih-lebih lagi kandungan nutrien dalam sesuatu hidangan masakan akan cepat musnah apabila suhu panas mula diaktifkan. Cadangan terbaik adalah melalui pengambilan suplemen di samping ibu hamil meneruskan pemakanan harian seperti sayuran, buah, bijirin, kekacang, susu dan daging. Pelbagai jenis suplemen dan vitamin yang boleh didapati di klinik dan farmasi. Suplemen set mengandung dicadangkan untuk ibu hamil bagi memenuhi keperluan nutrien penting seharian.

Ibu Hamil, Mengandung, Trimester 1, Asid Folik, Zat Besi
Pemakanan ibu mengandung untuk trimester kedua

Artikel luar yang berkaitan: Pemeriksaan berkala semasa hamil, Penjagaan semasa mengandung dan  Cadangan pengambilan zat.

Mulakan sekarang untuk menjadi ibu hamil bahagia, sihat dan ceria.

Leave a comment